Saturday, April 28, 2012

Terkini, Bersih 3.0


Sebahagian daripada penyokong Bersih yang berkumpul di kawasan berdekatan
dengan Dataran Merdeka. - Foto Sinar Harian oleh Farrah Farush Khan



Penyokong Bersih berkumpul di kawasan persimpangan ke Dataran Merdeka.
- Foto ihsan trinnaleong


TERKNI: Ribuan penyokong Bersih banjiri KL
FARAH FARUSH KHAN
28 April 2012 

[TERKINI 11.30 PAGI] KUALA LUMPUR - Jumlah penyokong Bersih 3.0 yang berkumpul di luar kawasan Dataran Merdeka di sini terus mengalami peningkatan, secara berperingkat-peringkat sejak awal pagi tadi.

Penyokong mula datang dalam kumpulan besar sejak 8.30 pagi tadi dari tiga arah berbeza.

Setakat jam 10.15 pagi ini, jumlah penyokong yang berada di persimpangan utama antara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Raja dianggarkan telah mencecah 8,000 orang.

Tinjauan Sinar Harian Online sekitar 5 pagi tadi mendapati hanya sekitar 200 orang berada di kawasan tersebut.

Maklumat yang diperoleh oleh Sinar Harian Online menunjukkan angka peserta Bersih yang berhimpun di kawasan berdekatan dengan Dataran Merdeka sudah mencecah 15,000 orang.

sumber

No comments:

Sila klik