Galak anak kenal, mesra dengan saudara setiap masa
AMALAN ziarah pada Aidilfitri sepatutnya menjadi kemuncak kepada kunjungan biasa ahli keluarga yang dilakukan setiap masa, bukan wadah dikhususkan untuk saudara-mara yang jarang bertemu.
Matlamat sambutan Aidilfitri juga adalah mengeratkan silaturahim tetapi apa yang berlaku sekarang, kesempatan itu diambil bagi menyambung semula hubungan yang kian lama terputus.
Ziarah jangan dikecilkan skop pada acara besar seperti hari raya atau kenduri kahwin tetapi dijadikan amalan apabila ada kelapangan dan digalak menziarahi saudara yang sakit. - Amidi Abd Manan, Presiden ABIMKesibukan kerja dan jarak tempat tinggal selalu dijadikan alasan tiada kelapangan untuk saling menziarahi. Justeru, kunjungan pada hari raya dan rumah terbuka menjadi tempat bertemu muka.
Oleh kerana hanya bertemu setahun sekali, anak saudara mungkin tidak mengenali bapa saudaranya, sepupu juga janggal untuk berbual mesra menyebabkan pertemuan diadakan gagal memperkukuh persaudaraan.
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Amidi Abd Manan, berkata keadaan itu menyebabkan generasi muda khususnya remaja enggan menemani ibu bapa menziarahi saudara-mara.
Katanya, disebabkan rasa terasing itu mereka mengambil keputusan meraikan Aidilfitri bersama rakan atau lebih senang tinggal di rumah sambil menonton program televisyen sempena hari raya.
“Sekarang keluarga sudah mengecil dengan hubungan lebih antara adik beradik. Apabila jarang berjumpa saudara-mara, ada yang tidak kenal sepupu. Apabila berkumpul mereka terasa asing.
“Ini ditambah program menarik disiarkan televisyen, maka itu dijadikan alasan untuk tidak menziarah keluarga. Malah, anak saya ada kalanya minta saya berjanji untuk pulang awal semata-mata ingin menonton program kegemaran mereka,” katanya.
Beliau menyokong usaha keluarga hari ini yang mengambil inisiatif menganjurkan hari keluarga sebagai wadah untuk saudara-mara berkumpul dan mengenali satu sama lain lebih dekat.
Ada juga yang sudah membuat buku susur galur keturunan mereka dan ada yang mula mengumpulkan maklumat seluruh keluarga. Pada hari raya, mereka membuat perjumpaan mega untuk mengumpulkan semua saudara.
Amidi berkata, ibu bapa perlu melakukan sesuatu seperti membawa anak setiap kali menziarahi keluarga sama ada ketika kenduri atau majlis tertentu supaya hubungan kekeluargaan diteruskan oleh anak cucu mereka.
Katanya, sikap ibu bapa membiarkan anak khususnya yang meningkat remaja untuk mengelak aktiviti dianjurkan keluarga serta saudara-mara menyebabkan wujud jurang antara mereka dengan golongan dewasa serta yang kecil.
“Ini terpulang kepada ibu bapa untuk memastikan anak terbabit secara langsung dalam aktiviti kekeluargaan. Jika perlu bincang dengan anak supaya mereka sedar pentingnya memelihara silaturahim.
“Saya berdepan masalah kerana ada saudara yang jarang bertemu, hingga tidak tahu hendak panggil apa. Ini menyebabkan sukar memulakan perbualan,” katanya.
Justeru katanya, sempena sambutan Aidilfitri ini, ibu bapa diminta menjadikan amalan ziarah sebagai aktiviti wajib agar semua ahli keluarga dapat mengenali adik beradik dan saudara-mara.
Katanya, perjumpaan perlu dibentuk menjadi aktiviti menggembirakan supaya anak menikmati kemeriahan hari raya serta memahami hikmah kunjungan bagi menjalin hubungan lebih rapat. Bersalaman dan saling mendoakan mampu mewujudkan kasih sayang antara generasi muda dengan tua hingga lahir hubungan mesra.
Amidi berkata, pada peringkat pucuk pimpinan ABIM, mereka sentiasa berbincang dengan golongan lebih berpengalaman cara untuk mendidik serta menggalakkan anak menziarahi ahli keluarga bukan pada hari raya saja.
“Ziarah jangan dikecilkan skop pada acara besar seperti hari raya atau kenduri kahwin tetapi dijadikan amalan apabila ada kelapangan dan digalakkan menziarahi saudara yang sakit,” katanya.

sumber: Berita Harian Online
No comments:
Post a Comment