Bermula esok, umat Islam di seluruh dunia akan menyambut 1 Syawal. Di Malaysia bahang hari raya mula dirasa sejak sebelum berpuasa lagi. Fenomena lambakan papan iklan raya di sana-sini menjadi bukti keterujaan menyambutnya. Boleh dikatakan, sebulan sebelum kedatangan Ramadan, deretan kedai di sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur mula ‘meriah’ dengan gantungan poster-poster promosi raya.
Kadang-kadang terasa seolah-olah raya dulu baru berpuasa. Tidak kurang dengan itu, lagu-lagu raya juga mula berkumandang di kebanyakan: corong radio sebaik memasuki bulan puasa.
Rancang aktiviti raya
Perkara paling penting bagi kebanyakan: orang dalam menyambut hari raya adalah menyusun atur cara. Bermula dari balik kampung sehinggalah perancangan mengadakan jamuan rumah terbuka adalah antara program besar yang lazimnya tersenarai dalam diari sambutan Aidilfitri.
Bercakap mengenai jamuan rumah te:rbuka, amalan ini menjadi budaya masyarakat Malaysia ketika sambutan Aidilfitri, malah kini ia turut diamalkan pada setiap perayaan yang diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia yang berlainan bangsa dan agama di negara ini.
Mengadakan jamuan rumah terbuka adalah antara amalan yang dilihat membawa mesej positif kepada: masyarakat Malaysia. Apa yang jelas, amalan budaya ini dapat mengeratkan silaturahim sesama rakan taulan, keluarga dan tidak terkecuali antara pemimpin dengan rakyat.
Justeru, majlis rumah terbuka diadakan setiap kali tiba musim perayaan dan menjadi suatu kecenderungan :aliran yang popular dalam kalangan masyarakat negara ini. Konsep rumah terbuka ini memberi peluang kepada setiap rakyat Malaysia untuk sama-sama meraikan perayaan sesuatu kaum lain.
Secara tidak langsung, amalan budaya ini dapat mengeratkan silaturahim dan mencerminkan identiti masyarakat Malaysia yang harmoni di mata pelancong asing.
Tanpa mengira mana-mana perayaan:, sama ada Hari Raya Aidilfitri; Tahun Baru Cina; Deepavali; Hari Natal; dan sebagainya, masing-masing tetap menyambutnya dengan cara tersendiri.
Budaya menguntungkan
Di sebalik konsep toleransi dan perpaduan :yang terkandung di dalam amalan dan budaya rumah terbuka ini, konsep mendatangkan keuntungan juga tidak ketinggalan.
Jika di kawasan kampung, budaya majlis rumah terbuka ini selalunya dapat dilaksanakan secara bergotong-royong sesama ahli keluarga mahupun bersama masyarakat setempat. Namun, bagi penduduk yang tingggal di kawasan bandar perlaksanaan budaya ini berlainan.
Tidak keterlaluan dikatakan, mungkin kerana kurangnya semangat bekerjasama lantaran kesibukan rutin harian, menjadikan segelintir penduduk di bandar ‘tiada masa’ untuk bergotong-royong bagi mengadakan persiapan jamuan rumah terbuka. Bagaimanapun, ini tidak bermakna mereka yang tinggal :di kawasan bandar tidak sedar akan kebaikan dan semangat perpaduan yang bakal terlahir menerusi amalan budaya ini.
Oleh itu, bagi menghayati kebaikan :budaya ini, rata-rata mereka yang tinggal di bandar membuat tempahan katering sebagai alternatif mengadakan majlis rumah terbuka. Boleh dikatakan, walaupun keadaan ekonomi tidak memberangsangkan namun budaya rumah terbuka tetap diadakan. Soal belanja tempahan katering bukanlah sesuatu yang membebankan kerana kini terdapat banyak perkhidmatan katering menawarkan :harga menarik dan ‘mampu ditempah’ bagi menarik pelanggan.
Menerusi fenomena ini, menunjukkan: ‘Orang Malaysia’ tidak :pernah kedekut dalam aspek belanja makan. Mungkin niat untuk menjamu tetamu setahun sekali, ramai :yang tidak kisah mengenai soal belanja. Apa yang penting, tetamu :yang datang ke majlis rumah terbuka dapat diraikan sebaik mungkin. Soal belanja belakang kira!
Mampu raih rezeki lebih
Pengarah Urusan katering Segi Seri Sdn Bhd, Azhar Baharin, memberitahu, untuk Aidilfitri tahun ini:, syarikatnya menerima lebih 20 tempahan.
Biasanya, katanya, tempahan yang diterima sekurang-kurangnya 500 orang dan anggaran kos secara bufet yang dikenakan sekitar RM15 hingga RM45 satu kepala.
Jika dilihat pada harga yang ditawarkan, kos paling minimum iaitu RM15 satu kepala, didarabkan dengan 500 orang kos keseluruhannya adalah RM7,500. Satu nilai yang masih ‘mampu ditempah’ oleh Orang Malaysia untuk satu majlis.
Sementara itu, pengusaha Anis Katering, Zamidah Bujang berkata, pernah menerima keuntungan antara: RM7,000 dan RM8,000 untuk: satu-satu majlis rumah terbuka:. Sekali lagi, bukti menyokong :bahawa Orang Malaysia tidak kedekut dalam soal makan.
Dari satu sudut, budaya rumah terbuka ternyata memberi impak positif yang lebih besar kepada banyak pihak, terutama kepada pengusaha katering, rata-rata pengusaha perniagaan jenis: ini memberitahu mereka mampu meraih rezeki lebih pada musim perayaan.
Namun, apa yang tidak wajar berlaku adalah pembaziran. Hal ini perlu dihindari kepada mereka yang berhasrat melaksanakan majlis rumah terbuka pada tahun ini. Sebagai pelanggan, perlu bijak menentukan kos dan jumlah jemputan agar pembaziran dapat dielakkan. Rasanya konsep ‘biar terlebih, jangan kurang’ yang sering dipraktikkan oleh kebanyakan kita perlu diubah. Oleh itu, sebagai tuan rumah perlu bijak mengatur dan menyusun perjalanan program agar perkara yang diniatkan pada awalnya untuk mendapat pahala akhirnya mendatangkan kemurkaan ALLAH SWT.
Mungkin konsep beri ‘berkat’ yang sering diamalkan dalam majlis perkahwinan boleh diamalkan dalam budaya rumah terbuka. Konsep memberi lauk pauk atau makanan: kepada tetamu sewaktu mereka hendak pulang selepas menghadiri jemputan yang selalunya: disebut sebagai ‘berkat’ oleh kebanyakan masyarakat Melayu ini memang agak janggal atau jarang dipraktikkan dalam budaya: rumah terbuka. Namun, jika amalan ini adalah antara cara elok bagi mengelak pembaziran ia masih relevan dilakukan.

sumber: SinarHarian.com
No comments:
Post a Comment