Monday, August 29, 2011

Budaya rumah terbuka


Bermula esok, umat Islam di seluruh dunia akan menyambut 1 Syawal. Di Malaysia bahang hari raya mula dirasa sejak sebelum berpuasa lagi. Fenomena lambakan papan iklan raya di sana-sini menjadi bukti keterujaan menyambutnya. Boleh dikatakan, sebulan sebelum kedatangan Ramadan, deretan kedai di sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur mula ‘meriah’ dengan gantungan poster-poster promosi raya.

Ziarah aktiviti wajib Aidilfitri

Galak anak kenal, mesra dengan saudara setiap masa

AMALAN ziarah pada Aidilfitri sepatutnya menjadi kemuncak kepada kunjungan biasa ahli keluarga yang dilakukan setiap masa, bukan wadah dikhususkan untuk saudara-mara yang jarang bertemu.
Matlamat sambutan Aidilfitri juga adalah mengeratkan silaturahim tetapi apa yang berlaku sekarang, kesempatan itu diambil bagi menyambung semula hubungan yang kian lama terputus.

Johor dapat hak urus loji air Singapura

Singapura serah empat loji air Johor
Oleh Azidan Nahar
azidan@bharian.com.my

2011/08/29

JOHOR BAHRU: Selepas 50 tahun, empat kemudahan loji air dan rumah pam di negeri ini yang selama ini ditadbir dan diuruskan Public Utilities Board (PUB) Singapura akan diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Johor, bermula Khamis ini.

sumber : Berita Harian Online




PERJANJIAN AIR MALAYSIA-SINGAPURA BERAT SEBELAH,
sebagaimana dijelaskan oleh Kerajaan BN di parlimen pada 20 Mac 2002.

Sunday, August 21, 2011

Tidak merasa beraya di rumah sendiri


Pelakon Ruminah Sidek Dihalau Dari Rumah Sendiri

Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

Ruminah Sidek sewaktu menerima anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-21 pada tahun 2008.
KUALA LUMPUR: Pelakon Ruminah Sidek atau Mak Mah, 65, menyambut Syawal pada tahun ini dengan kesedihan apabila dia dihalau keluar dari rumah miliknya di Meru, Klang gara-gara masalah hak milik tanah.

Friday, August 19, 2011

Liyana Jasmay cuba bertudung


Berubah biar ikhlas

Oleh Muhamad Fairoz Azizan
muhamadfairoz@bharian.com.my
2011/08/19






BERSAMA anak yatim.

LIYANA (kanan) di samping ibu dan adik-beradiknya.Liyana ingin tampil bertudung selepas berumah tangga

TAMPAK manis sekali apabila pelakon Liyana Jasmay tampil bertudung walaupun imej berkenaan dikenakan olehnya hanya pada Ramadan. Jauh sekali berbeza dengan penampilan biasanya, yang lebih bersifat moden dan remaja.
Begitupun, sebenarnya terdetik di hati gadis kecil molek ini untuk terus kekal bertudung apabila tiba waktunya.

Popular Posts

Sila klik