Saturday, May 31, 2014

Dyana tidak tolak hudud


Published: Friday, 30 May 2014

DAP serius memecahkan tembok perkauman dan agama lantas mahu membuktikan bahawa parti itu bukan bersifat perkauman sebaliknya bersifat nasional dengan meletakkan calon Melayu, Dyana Sofya Mohd Daud pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan. Bagi mendapatkan pandangan PAS mengenai situasi ini, Wartawan , HAZAYANI ZAKARIA menemu bual Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu . Ikuti wawancara bersama beliau.



WARTAWAN: Bagaimana PAS melihat pencalonan Dyana Sofya mewakili DAP menentang Presiden Gerakan, bagaimana saudara melihat, satu calon muda, satu lagi berpengalaman dan bekas Ahli Parlimen Teluk Intan?

MOHAMAD SABU: Apabila DAP meletakkan calon Melayu ini akan menambahkan kuasa Melayu dalam Parlimen. Propaganda selama ini yang mengatakan kalau Pakatan Rakyat menang kuasa Melayu terhakis adalah tidak betul. Sebaliknya kuasa Melayu semakin kuat di bawah Pakatan Rakyat.

Calon berbangsa Melayu lawan calon Cina, dalam masa yang sama isu hudud dimainkan, bagaimana saudara melihatnya?

Dyana tidak menolak hudud, laporan media tidak betul tu. Dyana tidak menolak hudud cuma dia kata pelaksanaannya mestilah melalui usaha-usaha pembaikan ‘good governance’ terlebih dahulu dan kesesuaian masa untuk melaksanakannya.

Sebagai orang Islam Dyana tidak menolak sebarang syariah Islam cuma dia berbincang dari sudut kesesuaian masa, perlembagaan, dan sebagainya.

Dalam PRU13 lalu undi DAP di Teluk Intan tidak besar majoritinya, bagaimana kali ini?

Kita masih berusaha kuat untuk undi orang Melayu dan Orang India terutamanya orang Melayu memang termakan propaganda perkauman. Walaupun Dyana Melayu tetapi Umno mengaitkannya sebagai alat cina, alat DAP. Itu propaganda perkauman, orang kampung, orang Melayu akan termakan sebab itu kita kena kerja kuat untuk menafikan fitnah atau propaganda Umno itu.

Pengundi Melayu akan undi siapa dalam hal ini apabila wakil DAP Melayu, Gerakan Cina yang juga sama- sama menolak hudud?

Melayu yang terperangkap dengan dakyah perkauman akan mengundi BN tetapi pengundi Melayu yang berfikir secara waras akan mengundi Dyana dan juga DAP. Rakyat yang terperangkap dengan isu perkauman, memperalatkan Melayu apa semua tu dakyah BN akan mengundi BN. Walau bagaimanapun, secara umumnya anak muda dan generasi terpelajar akan mengundi Pakatan Rakyat dan DAP.

Apa pandangan saudara apabila Dyana dan jentera Pakatan Rakyat dihalau secara kasar oleh penyokong BN sewaktu berkempen di salah satu kampung Melayu baru-baru ini?

Orang kampung kata itu kampung Melayu, Cina tak boleh masuk sedangkan Dyana itu Melayu sepatutnya mereka halau calon Gerakan tetapi inilah kenyataan minda yang terperangkap dengan propaganda Umno.

Sepatutnya mereka kena mempersilakan Dyana masuk ke kampung itu kerana Dyana itu Melayu. Tapi sebaliknya yang berlaku menunjukkan perangkap Umno sejak sekian lama.

Orang Melayu sesetengahnya belum keluar dari perangkap Umno-BN ini.

Di Bukit Gelugor, calon DAP, Ramkarpal puji sumbangan Muslimat PAS, apa pandangan saudara?

Ya, memang beliau akui muslimat PAS bekerja kuat, edar risalah, pergi rumah ke rumah sebar risalah dan saya yakin orang y a n g menggunakan nama Mohd Nabi Bux itu dia tidak dapat sambutan dan hilang wang pertaruhan./Harakah

http://www.wartautara.com/

No comments:

Sila klik