Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said (gambar) membayangkan hasrat untuk meninggalkan bidang politik apabila memutuskan tidak lagi bertanding dalam pilihan raya umum akan datang, lapor akhbar Umno, Utusan Malaysia.
Menurut Ahmad, masih ramai yang boleh menjadi pengganti dan sudah cukup baginya berpolitik kerana telah mencapai kedudukan tertinggi di peringkat negeri dengan tanggungjawab sebagai menteri besar.
“"Kalau boleh saya nak berhenti sekarang tapi tak bolehlah dengan keadaan politik (Terengganu) sekarang," ujar beliau dengan harapan dapat memberi tumpuan lebih masa bersama keluarga, lapor akhbar itu.
Ahmad menggemparkan politik negeri pantai timur itu apabila membuat keputusan keluar daripada Umno dan menjadi calon Bebas bersama dua rakannya.
Tindakan ini menjadikan kerajaan BN Terengganu kerajaan minoriti apabila hanya mempunyai 14 Adun sedangkan Pakatan Rakyat 15 (14 PAS dan 1 PKR) di samping tiga Adun Bebas.
Namun, semua berakhir selepas tidak sampai 48 jam apabila Ahmad dan dua rakannya menarik balik surat itu dan menyertai Umno semula.
Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam menyertai majlis kenduri perkahwinan anak Ahmad Said di Telok Kalong, Kemaman.
Dengan peralihan kepemimpinan negeri, menurut Ahmad beliau tidak akan berada dalam barisan Exco negeri manakala jawatan sebagai pengerusi Badan Perhubungan Umno sudah dilepaskan.
"Juga mengenai pengerusi Umno negeri, itu automatik. Tak ada dah. Tapi terpulang pada perdana menteri putuskan (siapa)," katanya kepada pemberita di Kemaman semalam.
Beliau ditemui selepas mengiringi kepulangan Najib yang menghadiri majlis kenduri kesyukuran perkahwinan anaknya.
Katanya, keputusan yang diambil bukan disebabkan rasa kecewa ekoran pergolakan yang tercetus semasa proses peralihan kepemimpinan negeri berjalan.
Ahmad memberi peringatan bahawa politik di negeri itu sememangnya dalam keadaan “rapuh” dengan kedudukan 17-15 dan apa-apa boleh berlaku dalam tempoh empat tahun lagi yang menuntut perhatian serius diberikan bagi Umno dan Barisan Nasional (BN) mengekalkan kuasa.
Ahmad dikatakan akan dilantik menjadi duta namun beliau menafikannya buat masa terdekat ini. – 18 Mei, 2014.

No comments:
Post a Comment