Friday, July 29, 2011

Kalah bermaruah!

WALAUPUN tewas dengan agregat 6-4 namun aksi anak buah Datuk K Rajagobal masih boleh dipuji. Turun dengan aksi menyerang, Harimau Malaya bertekad untuk menjaringkan gol bagi mengatasi defisit.

Namun kesilapan yang dilakukan barisan pertahanan menyebabkan penyokong Malaysia hampa apabila Singapura berjaya menyumbat gol pada minit ke-72.

Pujian harus diberikan kepada pemilik sepasang ‘tangan emas’ yang berjaya mematah­kan serangan bertali arus Skuad Singa. Penjaga gol yang berasal dari Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat boleh dianggap wira apabila mempamerkan aksi hebat.


Begitu juga penyerang Pelita Jaya yang berasal dari Selangor, Safee Sali yang membuktikan beliau adalah peledak berbisa apabila menjaringkan gol tunggal Harimau Malaya. Pergerakannya dikawal ketat oleh pertahanan Singapura menyebabkan beliau sukar menjaringkan gol.

Peluang terbaik Malaysia hadir seawal minit ke-4 melalui percubaan jarak dekat S Kunalan selepas menerima hantaran silang Safee Sali namun penjaga gol Singapura, Mohamad Izwan Mahmud pantas menutup ruang untuk menafikan gol awal Harimau Malaya.

Tujuh minit selepas itu, tiba giliran Singapura menguji Khairul Fahmi namun percubaan jarak dekat Qiu Li dapat diselamatkan dengan cemerlang.

Pada minit ke-22 Malaysia melakukan pertukaran dengan Muslim Ahmad dimasukkan selepas Aidil Zafuan Abd Radzak mengalami kecederaan. Situasi itu sedikit sebanyak meresahkan penyokong Harimau Malaya.

Pada minit ke-26, Amirulhadi Zainal gagal memanfaatkan situasi kelam-kabut di kawasan Singapura namun percubaannya tepat ke dakapan Mohamad Izwan.

15 minit terakhir separuh masa pertama kedua-dua pasukan saling bertukar serangan dengan percubaan terbaik Singapura melebarkan defisit gol hadir melalui sepakan percuma Shaiful namun Khairul Fahmi bertindak cemerlang melayangkan badannya.

Bersambung babak kedua, anak buah Rajagobal melakukan serangan awal namun berjaya dipatahkan barisan pertahanan Singapura.

Minit ke-57 gol yang dicari-cari Malaysia akhirnya menjelma apabila Safee Sali melepaskan rembatan kencang selepas menerima hantaran pendek S Kunalan.
Bagaimanapun kealpaan barisan pertahanan negara dihukum oleh Shi Jiayi apabila mudah menolak masuk gol penyamaan Singapura pada minit ke-72.

Berbaki 15 minit, kekecewaan jelas terpancar di muka setiap pemain negara namun usaha menjaringkan gol tetap diteruskan sehingga ke titisan peluh terakhir.

Taktik Singapura melengahkan permainan memberi kesan psikologi kepada pemain Malaysia. Lakonan anak buah Radojko Avramovic memang menjadi dan layak memenangi Oscar kerana menyebabkan pengadil terpaksa menghentikan perlawanan beberapa kali.

Lima kad kuning dilayangkan oleh pengadil pama malam tadi dengan pemain pertahanan Malaysia, Ahmad Fakhri Shahrani mendapat kad merah pada minit 93.


sumber: SH Online

No comments:

Sila klik