Tinjauan terbaru menjangkakan PKR menguasai 53 peratus sokongan dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang berbanding BN dengan hanya 32 peratus.
Menurut pusat tinjauan Ilham Centre, undi Melayu menjadi penentu kemenangan dan langkah PKR meletakkan Datuk Seri Wan Azizah Ismail dikatakan berjaya menawan undi kaum itu.
"Bagi PKR, kelebihan dengan calon Melayu, sedikit sebanyak mampu meraih undi pengundi yang memilih atas asas Melayu-Islam.
“Jumlah ini agak signifikan iaitu jika dilihat kepada jumlah undi calon bebas dalam PRU lalu memperoleh seramai hampir 1,400 orang (pengundi)," menurut laporan kajian itu.
Sebelas peratus daripada responden masih belum pasti hendak mengundi calon mana dalam pengundian hari ini manakala 4 peratus lagi enggan memberikan respon.
Sementara itu, faktor kekuatan peribadi calon pula menyumbang sebanyak 72 peratus kepada Wan Azizah berbanding Chew Mei Fun hanya 7 peratus.
Kajian lapangan itu dilaksanakan antara 19 Mac hingga 22 Mac, dengan cara menemubual 406 responden yang menjadi pengundi secara bersemuka.
Dalam laporan Pilihan Raya Umum lalu, PKR yang diwakili Lee Chin Cheh mencatat kemenangan dengan majoriti 6,824 undi mengalahkan calon BN (Lee Ban Seng) dan empat lagi calon bebas.

sumber : http://www.malaysiakini.com/news/257957
No comments:
Post a Comment