Pencarian MH370: Benarkah kita kekurangan pakar?
Fokus Khas - Tragedi MH370
WRITTEN BY NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF
SUNDAY, 23 MARCH 2014 12:47
Fokus Khas - Tragedi MH370
WRITTEN BY NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF
SUNDAY, 23 MARCH 2014 12:47
Meskipun usaha pencarian pesawat MH370 memasuki fasa yang lebih sukar yang menuntut fokus yang lebih jitu, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan berpendirian terdapat beberapa perkara penting yang memerlukan tindakan serta-merta khususnya apabila ianya melibatkan aspek pertahanan negara.
1. Kenyataan YB Menteri dan Panglima TUDM bahawa pihak tentera mengklasifikasi objek terbang yang dikesan oleh radar tentera yang telah dikenal pasti sebagai MH370 sebagai "non-hostile" adalah satu kesilapan strategik khususnya mengambilkira sensitiviti keselamatan pasca 9/11. Apakah pertimbangan "sang akauntan" mengira kos operasi mengatasi kepentingan keselamatan sehinggakan objek sebesar Boeing 777-200ER dibiarkan terbang menghampiri kawasan penduduk berkepadatan tinggi seperti Pulau Pinang dan Kota Bharu tanpa dipintas oleh skuadron Sukhoi di Butterworth atau pasukan MIG29 di Kuantan yang terus pegun menanti arahan? Kelemahan seperti ini tidak boleh dibiarkan berulang. Kami menggesa agar pegawai-pegawai yang terlibat di dalam proses membuat keputusan tersebut dikeluarkan dari rantaian perintah serta-merta dan audit menyeluruh dilakukan ke atas protokol pertahanan udara negara. YB Menteri mempunyai tanggungjawab untuk memaklumkan kepada rakyat bahawa tindakan pembetulan telah dibuat dan dapatan dari audit itu kelak akan dilaksanakan sebagai langkah nengembalikan kepercayaan rakyat terhadap keselamatan negara yang asyik bocor sejak kebelakangan ini.
2. Episod kita memerlukan tempoh 8 hari untuk memutuskan bahawa objek terbang yang tidak dikenalpasti melintas Semenanjung Malaysia sebagai MH370 dikala lebih 40 aset tentera dan awam dari lebih 12 negara terbazir di lokasi yang salah adalah amat memalukan. Hatta dengan tempoh sebegitu lama itu pun, kerajaan tidak dapat memastikan 100% objek tersebut adalah MH370 dengan YAB Perdana Menteri sekadar menyebut "kadar kebarangkalian yang tinggi". Sekiranya kerajaan memerlukan tempoh 8 hari sekadar untuk mencapai suatu keputusan berdasarkan kebarangkalian, maka ada sesuatu yang tidak kena dengan tahap kompetensi dan karektor sumber manusia yang terlibat di dalam keupayaan pertahanan negara dan pengurusan kes kehilangan pesawat ini.
3. Terdapat faktor "kesilapan manusia" dan "kelemahan pertimbangan" yang jelas di dalam kes kehilangan MH370. Kesilapan-kesilapan ini akhirnya memaksa kerajaan berkongsi maklumat sensitif dengan pihak asing lantas membuka peluang kepada anasir berkepentingan untuk merungkai keupayaan pertahanan udara negara. Keadaan ini sebenarnya telah menjejaskan pelaburan rakyat berjumlah lebih 70 juta menaik taraf keupayaan radar negara semenjak 10 tahun yang lalu. Persoalannya, adakah rakyat kini terpaksa membayar 70 juta lagi sebagai harga dari jurang kompetensi yang wujud untuk mengurus aset dan teknologi ketenteraan negara? Siapakah yang harus dipertanggungjawabkan dalam hal ini?
4. Pemuda PAS juga berpendirian keputusan menanggapi kesan perkongsian maklumat sensitif radar hanya selepas permasalahan MH370 diselesaikan sebagaimana yang dijelaskan oleh YB Menteri di dalam sidang media harian beliau pada 17 Mac semalam sebagai satu lagi kesilapan. Keputusan sebegini mencerminkan pendirian kerajaan bahawa faktor pertahanan dan keselamatan negara boleh ditangguh-tangguhkan. Apakah kita benar-benar kekurangan tenaga pakar sehinggakan tidak dapat membuat tumpuan segera terhadap soal ini. Di dalam keperluan mendesak memastikan 239 penumpang dan kru MH370 selamat pulang ke pangkuan tersayang, soal keselamatan 25 juta penduduk Malaysia juga tidak boleh mendapat keutamaan kedua.
Kami oleh itu menggesa agar isu-isu pertahanan negara yang timbul kesan dari pencarian MH370 ini ditangani segera tanpa lengah dan alasan.
Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

sumber : http://www.wartautara.com/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=230%3Apencarian-mh370-benarkah-kita-kekurangan-pakar&catid=64%3Atragedi-mh370&Itemid=1
No comments:
Post a Comment