11 Ogos 2013
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
IPOH – Kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dinaikkan tahun depan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini.
Katanya perkara itu akan diusul pada pembentangan Belanjawan 2014, Oktober ini, selain kerajaan turut melihat kemungkinan meletakkan BR1M sebagai inisiatif di bawah Dasar Jaringan Keselamatan Sosial.
“Kita melihat untuk menaikkan kadar BR1M seperti yang dijanjikan kepada rakyat. Kita melihat untuk dinaikkan sehingga maksimum RM1,200 barang kali dalam tempoh empat hingga lima tahun dari sekarang. Untuk tahun depan kita naikkan sedikit,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di sini.
BR1M yang diberi kerajaan sejak tahun lepas adalah antara inisiatif untuk membantu golongan berpendapatan rendah iaitu kurang daripada RM3,000 sebulan, dengan kadar RM500 untuk satu isi rumah.
Ahmad Husni berkata kerajaan juga melihat kemungkinan untuk melaksanakan dasar rasionalisasi subsidi yang memastikan hanya kumpulan sasar yang layak menikmatinya.
Ini kerana katanya kaedah pelaksanaan sekarang dinikmati oleh semua golongan termasuk yang berpendapatan tinggi dan orang kaya, sekali gus tidak memenuhi matlamat sebenar pemberian subsidi itu.

– Bernama
No comments:
Post a Comment