Regina Soosalu
JOHOR BAHRU - Polis mengesahkan luka yang mencurigakan pada mayat model sambilan Estonia yang ditemui mati di Pulau Rawa, Mersing, 1 Julai lalu adalah kesan lebam dan calar.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Hasnan Hassan berkata, polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian Regina Soosalu, 29.
“Kita masih menunggu keputusan makmal untuk memperolehi jawapan punca kesan lebam dan calar pada mayat mangsa,” katanya namun enggan mengulas lanjut.
Terdahulu media melaporkan Regina dipercayai dibunuh pada hari sama dia tiba di pulau berkenaan. Mangsa menetap di Kuala Lumpur dikatakan ke Pulau Rawa untuk bercuti.
Mayat mangsa dikatakan ditemui terapung oleh beberapa tetamu pusat peranginan terbabit sebelum dibawa menggunakan sebuah bot ke hospital berhampiran.
Pada peringkat awal, polis menyiasat kematian mangsa sebagai mati lemas namun hasil pemeriksaan lanjut mendapati ada kesan kecederaan pada badan mangsa sekali gus mengklasifikasikan kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Hasnan berkata, mayat Regina yang kini berada di Hospital Sultan Ismail (HSI) dipercayai akan dituntut keluarganya dalam tempoh terdekat.
Beliau juga sedang menyiasat sama ada kematian Regina mempunyai kaitan dengan penyalahgunaan dadah dan sebagainya.
Setakat ini, Hasnan mengesahkan polis telah menahan tujuh suspek bagi membantu siasatan termasuk teman lelaki mangsa.

No comments:
Post a Comment