Friday, June 6, 2014

Arab Saudi tarik balik penjualan Cadbury


Kerajaan Arab Saudi menarik semula penjualan beberapa jenis produk Cadbury bagi melakukan ujian Asid Deoksiribonukliek (DNA) berhubung kandungan babi yang dilaporkan baru-baru ini.

Timbalan Pengerusi Eksekutif bahagian Makanan dan Dadah Arab Saudi (SFDA), Salah Al -Maiman SFDA berkata, dua jenis coklat ditarik dari pasaran adalah Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Almond.

“Kami menarik semua produk import dari pelbagai negara dengan nombor piawaian berbeza bagi memastikan ia bebas kandungan procine.

“Produk Cadbury keluaran Malaysia tidak berdaftar dengan kami kerana kami mengimport dari Mesir dan Britain,” katanya memetik laporan agensi berita tempatan Arab News.

Arab Saudi merupakan negara kedua yang mengambil keputusan itu selepas Indonesia yang turut menghentikan sementara dari mengimport dua produk keluaran Cadbury.

No comments:

Sila klik