Shafiq serikan aplikasi tempatan
Oleh HAFIZ AHMAD DAN KHAIRUL ANUAR ABDUL RAHMAN
DIANGGARKAN seorang pengguna memuat turun 10 aplikasi dalam satu masa.
POPULARITI telefon pintar dan tablet yang berasaskan Android semakin meningkat di seluruh dunia. Menurut penyelidik pasaran terkenal, Perbadanan Data Antarabangsa (IDC), Android mendahului para pemain lain di dalam industri telekomunikasi termasuk Apple dengan sistem operasi iOS, Blackberry dan Windows.
Laporan itu turut menyatakan, penguasaan pasaran peranti berasaskan Android ialah sekitar 70 peratus pada tahun 2013. Semakin ramai pengguna mula memberi sokongan kepada pengeluar telefon pintar dan gajet digital yang didatangkan dengan sistem operasi keluaran Google itu.
PENGGUNA telefon pintar Android semakin meningkat berbanding jenama lain.
Bilangan pengguna Android yang tinggi juga sekali gus telah membawa kepada perkembangan aplikasi. Menurut pakar penyelidikan peranti mudah alih, Research2guidance, Android menguasai 41 peratus dari keseluruhan aplikasi mudah alih seluruh dunia.
Perkembangan ini juga telah mendorong anak tempatan untuk membangunkan aplikasi mudah alih atau lebih popular dengan panggilan 'app' yang bercirikan Malaysia.
Mohammad Shafiq Mohd. Mustapa, 36, merupakan salah seorang anak tempatan yang giat menceburkan diri di dalam pembangunan aplikasi untuk Android.
APLIKASI yang dibina Shafiq membantu urusan peribadi dan kehidupan seharian pengguna.
Melibatkan dirinya dalam industri teknologi maklumat sejak 14 tahun yang lalu, minatnya pada bidang pengaturcaraan berputik sejak zaman menuntut di universiti lagi.
Sehingga hari ini dia telah menghasilkan beberapa aplikasi untuk platform Android yang berlatarbelakangkan Malaysia antaranya, Gold Price Malaysia. Aplikasi tersebut boleh menyemak harga semasa emas fizikal seperti Public Gold, BNM Kijang, Dinar Kelantan dan banyak lagi.
Selain itu, ia turut memaparkan nilai pelaburan emas seperti akaun pelaburan Maybank Gold, Public Bank Gold dan Kuwait Finance House Gold. Aplikasi ini amat berguna untuk mereka yang membuat pelaburan di dalam bentuk emas dan ingin memantau naik turun pasarannya.
PEMBANGUN aplikasi tempatan kini boleh menjana pendapatan sampingan melalui jualan iklan dalam produk mereka.
Menerusi aplikasi Members of Parliament Malaysia, pengguna boleh membuat carian berdasarkan nama Ahli Parlimen, perwakilan negeri dan parti politik. Maklumat berkenaan Ahli Parlimen seperti alamat surat-menyurat, nombor telefon dan e-mel boleh didapati menerusi aplikasi ini, malah pengguna boleh terus menelefon Ahli Parlimen dengan hanya mengklik pada pautan nombor telefon.
Aplikasi Penang Street Art pula menyenaraikan seni grafiti dan arca di seluruh Pulau Pinang. Penggemar gerai burger jalanan boleh menggunakan aplikasi Jom Burger. Ia terlebih dahulu akan mengesan lokasi semasa anda dan mula memaparkan semua gerai burger dalam radius tertentu.
Pengguna boleh melakukan 'check-in' dan meninggalkan tip atau komen untuk gerai burger yang dikunjungi. Aplikasi ini juga akan melancarkan Google Maps bagi tujuan navigasi ke gerai yang ingin dikunjungi.
sumber : Kosmo! Online

No comments:
Post a Comment