“Kami berasa amat bertuah kerana dapat bekerjasama dengan sebuah syarikat produksi dari Arab Saudi pada tahun ini. Melalui usaha sama ini, kami dapat mengembangkan perjalanan rakaman Khabar Haji ke tempat-tempat yang sebelum ini sukar ditembusi oleh pihak media.
Izelan Basar
KUALA LUMPUR: Saluran Astro Oasis buat kali ketiga akan menyiarkan program Khabar Haji bermula 24 Oktober hingga 7 November depan.
Program ini akan memaparkan berita dan hal ehwal semasa yang komprehensif berkaitan perjalanan haji pada setiap hari selama 15 episod pada pukul 10 malam.
Menurut Pengurus Salurannya, Izelan Basar, Astro Oasis bekerjasama dengan sebuah syarikat produksi Arab Saudi bagi menyediakan kandungan berita dan laporan yang lebih eksklusif dan terkini.

“Ini secara tidak langsung akan memudahkan tugas pasukan produksi kami untuk memaparkan kandungan berita dan laporan yang lebih eksklusif dan terkini kepada para penonton.
“Pasukan produksi juga terdiri daripada mereka yang sudah berpengalaman. Ini termasuklah dua orang pengacara iaitu Nazri Kahar yang pernah mengikuti rombongan Khabar Haji pada musim pertama dan Imam Muda Azhar yang merupakan pengacara pada tahun lalu.
“Tenaga kerja berpengalaman dan perancangan yang rapi untuk musim ketiga ini akan dapat menghasilkan sebuah program yang terbaik dan memberi gambaran lebih jelas terhadap perjalanan rukun Islam yang kelima ini,” katanya dalam satu kenyataan akhbar kepada mStar Online, di sini, Jumaat.
Khabar Haji musim yang ketiga ini turut menjanjikan liputan lebih terperinci menerusi beberapa segmen baru yang diperkenalkan.
Antaranya menyingkap kehidupan harian dan aktiviti rakyat Malaysia di Mekah seperti, pegawai Tabung Haji, pekerja profesional dan mahasiswa Universiti Ummul Qura.
Selain itu, Khabar Haji kali ini juga akan menyingkap lebih dalam tentang persiapan haji seperti penginapan, katering dan kemudahan untuk jemaah yang uzur.
Bukan sekadar sebuah program berita dan hal ehwal semasa, penonton turut dipaparkan dengan memahami perjalanan Rukun Islam yang kelima ini.
Manakala sempena kemuncak kepada ibadah haji iaitu wuquf dan melontar Jamrah bermula 9 hingga 11 Zulhijah akan disiarkan secara langsung selama sejam akan dibawakan dari Arafah dan Mina.

No comments:
Post a Comment