Wednesday, May 18, 2011

Terlalu beri kemewahan

Oleh Ruhaiza Rusmin
ruhaizarusmin@hmetro.com.my
     
CABARAN BARU...keluarlah daripada kepompong keselesaan demi menimba pengalaman bersama rakan-rakan baru.
CABARAN BARU...keluarlah daripada kepompong keselesaan demi menimba pengalaman bersama rakan-rakan baru.
DIBANDINGKAN kehidupan dan cabaran pelajar dulu dan sekarang,
memang banyak perbezaan.

Jika dulu hanya berjalan kaki atau menaiki basikal, sekarang ada pengangkutan
ke sekolah atau kereta yang menanti di depan rumah malah jika dulu hanya
menjamah makanan asas sebagai alas perut, kini dilambakkan pelbagai juadah hebat.
   
  • FotoBOLEH BUAT...tanpa mengira jantina, pelajar perlu belajar berdikari sebagai persediaan menempuh alam selepas pengajian.
  • FotoPERLU ADA...komputer riba juga kini menjadi satu kemudahan utama kepada pelajar untuk menyiapkan tugasan menjadikan segalanya semakin mudah.
  • FotoKEJAYAAN...pelajar yang tabah menghadapi cabaran sepanjang pengajian kini meraikan kejayaan.
  • FotoSATU KEMESTIAN...dulu telefon bimbit dianggap barangan mewah, namun semua mampu memilikinya termasuk pelajar meskipun masih belum mempunyai pendapatan tetap.



Mereka yang lebih bernasib baik dibekalkan dengan wang melebihi keperluan
selain pelbagai gajet elektronik seperti telefon bimbit canggih dan komputer riba.

Bagaimanapun, di �tengah segala kemudahan itu, terbit pula kesannya apabila
melihat jati diri dan semangat belajar mereka tidak sekental pelajar dahulu.

Pencapaian pelajar hari ini juga tidak sehebat mana walaupun dikelilingi
kemewahan yang tidak dimiliki pelajar generasi lama. Apa puncanya?

Senario itu mewujudkan jurang ketara hingga membenarkan tanggapan pelajar
hari ini terlebih dimanjakan hingga menyebabkan jati diri dan prinsip hidup
menjadi lembik serta rapuh.

Pengarah Pusat Inovasi Keusahawanan dan Pembangunan Pelajar,
Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohammad Shatar Sabran
berkata, membandingkan kedua-dua zaman pelajar perlu asas yang kukuh bagi
membolehkan golongan terbabit dihakimi dengan seadilnya.

Beliau berkata, meskipun ketara kerenah pelajar hari ini manja dan mewah,
bukan semua tidak mampu berdikari malah ada menunjukkan prestasi
luar biasa jika keadaan memaksa.

“Mendefinisikan pelajar hari ini dengan tanggapan itu tidak salah namun
perlu disokong bukti yang kukuh. Biarpun sekilas pandang mereka manja
dan mewah, bukan semua begitu.

“Skop mewah itu sesuai ditujukan kepada pelajar dalam negara tapi jika
di luar negara, tidak boleh kerana kebanyakannya matang dan berdikari
dalam segala tindakan serta pemikiran.

“Bagaimanapun, masyarakat tidak boleh dipersalahkan jika mempunyai
 tanggapan begitu tetapi sebaiknya dilakukan dengan skop lebih luas,” katanya.

Memang pelajar moden diakui cukup bertuah kerana menikmati kemudahan
dan kesenangan tanpa perlu berusaha keras hinggakan masyarakat melabelkan
mereka dengan pelbagai �pandangan serta isu skeptikal.

Apatah lagi, didorong sikap ibu bapa yang ‘menyogok’ anak-anak
dengan pelbagai material atas alasan menutup rasa bersalah kerana pengukuhan
kerjaya menjadikan keadaan semakin kronik.

Pelajar dulu perlu berusaha keras dengan kudrat sendiri bagi memenuhi
keinginan, menjadikan mereka lebih berjaya meskipun dihambat kemiskinan.

Ibu bapa memberi sepenuh kepercayaan kepada institusi pendidikan
menjadikan anak mereka berjaya berbanding hari ini, mereka mudah
melenting jika anak ‘disentuh’.

“Siapa tidak sayang anak tapi jika keterlaluan akan menyebabkan
mereka ‘rosak’. Apabila sikap ini dibentuk sejak awal, apabila memasuki
institusi pengajian tinggi (IPT), keadaan sukar diubah.

“Di IPT, mereka melalui frasa pendidikan berlainan yang segalanya
perlu bergantung pada diri sendiri. Malangnya, kerana sering terbiasa
mewah dan manja, kebanyakannya gagal bertahan, banyak merungut
atau menimbulkan masalah.

“Apatah lagi faktor persekitaran seperti rakan sebaya menjadi
ancaman kuat, mereka mudah terpengaruh.

“Biarpun turut mempunyai kecenderungan dan kehendak serupa seperti
rakan lain, mereka gagal mengawal diri kerana terlebih manja,”
katanya menolak tanggapan faktor latar belakang keluarga
punca kerapuhan jati diri pelajar hari ini.

“Jangan berikan alasan latar belakang keluarga sebagai penyebab,
namun keperluan perlu dilihat melalui cara didikan ibu bapa.

“Kebanyakannya salah memilih dan membiarkan diri terus hanyut mengikut
arus kesenangan tanpa memikirkan implikasi masa depan.

“Akhirnya, mereka sukar keluar daripada kepompong lama untuk
menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Belajarlah untuk merasai kesukaran
supaya tidak membebankan diri kelak,” katanya.

Bagaimanapun, akuinya, sikap ini berbeza dengan pelajar luar negara
kerana tanpa pilihan, mereka terpaksa bergantung kepada diri sendiri.

“Pelajar manja perlu sedar, kesenangan dinikmati tidak mungkin bertahan
lama, justeru segeralah berubah untuk menyelamatkan diri pada
masa depan,” katanya.

sumber : myMetro Online

No comments:

Sila klik