Tuesday, August 19, 2014

MRT runtuh kerana SOP tidak dipatuhi oleh kontraktor

Gambar dari Google

Siasatan awal kejadian blok landasan projek Mass Rapid Transit (MRT) runtuh semalam mendapati prosedur operasi standard (SOP) pemasangan landasan terbabit tidak dipatuhi oleh kontraktor.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Zabidi Md Adib, berkata siasatan awal oleh inspektor keselamatan JKKP mendapati ketika kejadian, tiada pengawasan oleh jurutera atau penyelia terhadap pemasangan 'parapet wall' di landasan berkenaan.

Monday, August 18, 2014

Khalid Ibrahim terima keputusan PAS dengan hati terbuka


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima dengan hati terbuka keputusan PAS berkenaan status Menteri Besar dan barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.

Dengan perkembangan terbaharu ini, beliau akan memohon menghadap DYMM Sultan Selangor untuk memberi nasihat tentang langkah-langkah seterusnya.

Friday, August 15, 2014

Simbol '4 jari Rabaa' terus hantui rejim As-Sisi

DR SYED AZMAN SYED AHMAD | 14 Ogos 2014.



Presiden Turki, Recep Tayyib Erdogan mempopularkan simbol '4 jari Rabaa' dalam satu kempen menyokong rakyat Mesir yang berlangsung di Turki pada Ogos 2013.

TARIKH 14hb Ogos merupakan genapnya setahun peristiwa pembunuhan berdarah di Dataran Raba’ah Adawiah, yang membawa kepada rampasan kuasa pemerintahan Presiden Mohamad Morsi di tangan rejim tentera di Mesir.

Tuesday, August 12, 2014

Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan baginda tidak berkenan menerima menghadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Wan Azizah Wan Ismail
Gambar dari Sinar Harian Online

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan baginda tidak berkenan menerima menghadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, baginda telah menerima surat yang telah ditandatangani Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim Ahad lalu yang memohon agar Wan Azizah menghadap baginda.

Monday, August 11, 2014

Ummaland laman sosial Islamik

Ummaland bakal menjadi alternatif baru
Gambar dari Sinar Harian Online

Sinar Harian Online menyiarkan berita berkenaan pengguna laman sosial seperti Facebook dan Twitter kini boleh bertukar menggunakan laman sosial berbentuk Islamik iaitu Ummaland.

Popular Posts

Sila klik