Sunday, February 27, 2011

Wednesday, February 23, 2011

Malaysia Eye tarikan utama Pulau Melaka




PULAU MELAKA - Malaysia Eye yang akan dibina di Pulau Melaka akan mengantikan Eye On Malaysia yang beroperasi sebelum ini di Kota Laksamana. 

Dengan ketinggian 88 meter, beberapa meter lebih tinggi daripada yang asal, Malaysia Eye mempunyai 54 gondola berhawa dingin dan boleh menampung enam orang bagi setiap gondola dengan mengambil masa kira-kira 16 minit sekali pusingan. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, Malaysia Eye boleh menampung seramai 324 penumpang dalam satu-satu masa. 

Menurutnya, setiap gondola dilengkapi sistem telekomunikasi dan muzik bagi memberi keselesaan kepada pengguna. 

“Kos pembelian dan pembinaannya bernilai RM30 juta dan dijangka siap akhir tahun ini. 

“Dengan pembinaan Malaysia Eye ini, diharap dapat menyumbang kepada kemasukan pelancong hampir 1 juta setahun,” katanya. 

Mohd Ali berkata, kerajaan negeri juga berharap pelancarannya dapat dilakukan pada 1 Januari 2012. 

“Dengan siapnya projek ini, ia menjadi mercu tanda baru pelancongan di negeri ini, selain jeti dan Taman Singa laut yang turut terletak di sini,” katanya. 

Menurutnya, memajukan sektor pelancongan amat penting dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi kerana ia mempunyai kesan berganda dalam ekonomi perkhidmatan. 

“Ia merangkumi sektor perhotelan, restoran, pengangkutan, peruncitan, kraf tangan dan lain-lain lagi yang mampu menjana pertumbuhan ekonomi, selain mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. 

“Sejak 1999 hingga 2009, seramai 47.25 juta pelancong melawat Melaka dengan purata peningkatan hampir 20 peratus,” katanya. 

Mohd Ali berkata, sepanjang tempoh 11 tahun, 72 peratus yang datang ke Melaka adalah pelancong domestik dan bakinya 28 peratus terdiri daripada pelancong asing,” katanya. 

“Bagi 2009 sahaja, Melaka telah menerima kedatangan pelancong seramai 8.9 juta berbanding 7.2 pada 2008 yang menunjukkan peningkatan sebanyak 23.6 peratus,” katanya.


sumber : Sinar Harian

Tuesday, February 22, 2011

Pulihara harimau



Gambar yang dirakamkan pada Mei 2011 menunjukkan Perhilitan berjaya menangkap seekor harimau berusia dua tahun setengah di hutan Simpan Bukit Kinta.


Janganlah terpedaya dengan dakwaan bahawa harimau akan lari dan tidak jadi membaham anda apabila mengetuknya dengan senduk kayu.

"Itu hanya nasib (anda tidak dibaham),'' kata Pengarah Bahagian Ekopelancongan Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Dr. Sivananthan Elagupillay.

Kes tersebut merujuk kepada kejadian yang menimpa Orang Asli yang diserang seekor harimau di Kampung Sungai Tiang, Hutan Simpan Belum, Gerik, Perak, baru-baru ini.

Dalam kejadian pukul 8 pagi itu, Tabun Grediu berjaya diselamatkan selepas isterinya, Han Besou memukul haiwan liar tersebut menggunakan sebatang senduk kayu.

Siri serangan harimau beberapa kali dilaporkan sebelum ini tetapi ia tidaklah sekerap mana.

Ia berlaku disebabkan wujudnya apa yang dipanggil konflik antara manusia dan haiwan berkenaan, seperti habitat diganggu, lapar dan terancam.

Meskipun berlaku insiden sedemikian, harimau belang di negara ini merupakan khazanah biodiversiti yang harus dipulihara.

Malah kata Dr. Sivananthan, jumlahnya akan ditingkatkan di bawah Pelan Tindakan Harimau Belang Kebangsaan (NTCAP) yang digubal kerajaan.

Kata beliau, matlamat utama NTCAP adalah untuk meningkatkan populasinya di hutan daripada anggaran 500 ekor pada masa kini sehingga 1,000 ekor menjelang tahun 2020.

Program Penyelerasan dan pemantauan NTCAP diterajui oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Perhilitan merupakan salah satu jabatan di bawah kementerian berkenaan.

Kata beliau, pelan tersebut telah mengesyorkan 80 tindakan yang perlu dilaksanakan untuk meningkatkan populasi harimau belang serta mangsanya di Semenanjung Malaysia menjelang tahun 2020.

Beliau menambah, NTCAP telah dipersetujui untuk di guna pakai oleh Majlis Biodiversiti dan Bioteknologi Negara (MBBN) pada bulan November 2009, yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sebahagian besar tindakan akan dilaksanakan di bawah tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan diperkukuhkan di bawah RMK-11 .

Sementara itu, menurut Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Rasid Samsudin, program pembiakbakaan harimau tidak sesuai diwujudkan kerana ia melahirkan anak yang tidak mahir dalam kehidupan dalam hutan.

"Harimau yang dibiak dan dipelihara tidak mendapat asuhan daripada ibunya untuk hidup dalam hutan dan sukar berdikari," kata beliau.

sumber : Utusan Malaysia Online

Sunday, February 20, 2011

Projek Melaka Trem ikon utama negara

Sekadar gambar hiasan (imej dari google)



MELAKA 19 Feb. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan projek Melaka Trem bernilai RM272 juta di Ayer Keroh di sini, mampu menjadi ikon utama negara apabila ia siap kelak.

Menurut beliau, trem yang pertama di dunia menggunakan gas asli (NGV) itu bukan sahaja bakal dinikmati oleh penduduk Melaka malah keseluruhan rakyat negara ini.

Beliau teruja dengan pelaksanaan projek itu kerana teknologinya dibangunkan oleh rakyat tempatan yang juga Presiden dan Pengarah Urusan syarikat pengeluar trem, Mrails International Sdn. Bhd., Datuk Jeya Kumar.
"Kita perlu mencetuskan produk-produk yang lebih unik lagi menarik.

"Melaka Trem ini dianggap unik kerana ia belum pernah dilakukan dan trem ini pertama di dunia yang menggunakan NGV sebagai tenaga penggerak," katanya ketika merasmikan majlis pecah tanah projek Melaka Trem di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam; Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan penaung Mrails International Sdn. Bhd., Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

Melaka Trem yang dijadual siap pada Mei tahun depan dilaksanakan secara usaha sama di antara Melaka, Pahang dan Terengganu yang menyediakan khidmat pusat latihan bagi pengendalian pemanduan trem.

Landasan trem sejauh 40 kilometer itu bermula dari Plaza Tol Ayer Keroh melalui 23 lokasi termasuk tempat-tempat bersejarah hingga ke Dataran Pahlawan di Bandar Hilir.

Antaranya landasan trem akan melalui Hotel Seri Malaysia, Taman Botanikal, Zoo Melaka, Masjid Al-Azim, Muzium, Dataran Pahlawan, Kelab Harbour, Kampung Hilir dan Hospital Putra.

Caj bayaran kemudahan trem tersebut juga dilihat mesra rakyat dan antara terendah di dunia iaitu RM2 untuk sekali perjalanan manakala RM5 bagi perjalanan sehari.

Sementara itu di Jasin, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan Kerajaan Pusat sebanyak RM5.5 juta bagi membina dan menaik taraf Jeti Nelayan Kuala Merlimau Pantai.

Peruntukan itu turut merangkumi kos bagi kerja-kerja mengorek dan mendalamkan muara bagi memudahkan nelayan keluar masuk ke jeti tersebut.

Selain itu, ia turut melibatkan penyediaan kemudian seperti stor, bengkel membaiki bot dan gerai ikan.
Terdahulu, Najib meluangkan masa berjalan kaki meninjau pembangunan sekitar pekan Merlimau sebelum disambut kira-kira 3,000 penyokong Barisan Nasional (BN).

sumber : Utusan Malaysia Online


Saturday, February 19, 2011

Zoo Malam di Zoo Melaka




AKTIVITI MENARIK ZOO MALAM

Masa :8.00pm - 11.00pm
Menaiki Trem untuk melihat keunikan hidupan liar aktif waktu malam bersama Guide Zoo Melaka.


MARI PANCING ZOO MALAM

Masa :8.00pm - 11.00pm
Dibuka seperti pada operasi Zoo Malam :

Sila klik